Kawan saya ada berkata, "People come and go in our lives." Yes, that's true. Kita tak boleh berharap bahawa kita akan bersama-sama dengan orang yang kita sayangi selama-lamanya. Kita harus teruskan hidup dan meneroka bidang yang dituju dan mengenal baik budi hati masyarakat yang kita temui dari hari ke hari. Kita pasti akan bertemu dan menjalin persaudaraan dengan orang yang lain baik dari seluruh negara atau dunia. Tetapi kawan yang kita kenal dahulu masih berada dalam kenangan dan sedia bertemu jika masa mengizinkan. Biarlah jarak dan masa memisahkan, namun memori dilakar takkan mudah dipadam dan takkan berubah.
Andai merindui mereka yang sudah tiada atau sedia ada, kenanglah mereka dalam doa kita. Allah Maha Mendengar dan mengetahui setiap apa yang tersurat dan tersirat di dada. Jom ukhuwah hingga ke syurga!
No comments:
Post a Comment