Total Pageviews

Tuesday, April 2, 2013

Thinking of being a doctor...

Assalamualaikum and hi everyone!

Today, I would like to share my opinions on being a doctor. Well, I just received my SPM result last week and alhamdulillah I was satisfied indeed. It shows that it's better for me to pursue my study in life science than physical science as I got a great grade in Biology.

I've gone to school early in the morning to meet my counselor and other teachers. Many teachers of mine said that I need to sacrifice my time with family as I would need to spend more time being in the hospital and face the patients. Sometimes, it would be a lifeless life. I wonder how I would live in the future if I am a doctor for real. So, it needs a great patience to deal with the patients and your beloved family at home. It would not be a big deal after I would have finished the housemanship then.

As for now, I've applied MARA scholarships to pursue my study in medicine in Ireland for the 1st choice and secondly Jordan. I know that Ireland is the best place to study medicine as they have the top medical school there. That's why I choose Ireland as the 1st choice.

Studying medicine is very tough but I'd try my best and put the incessant effort. It's my choice to study medicine and I should be responsible for what I choose for my future.

It's not just effort you need to be a doctor, but you should also need honesty, sincerity, positive mind, and being helpful. I would be happy to see my future patients recover from their diseases. It is worth to note that 'heal and you will be healed'. The important is that medicine needs not only you to overcome the critical situation but it also needs your sincerity to perform well whenever you deal with the patients.

This is just the beginning. I have to embark on a long journey once I decide to pursue my study in medicine. So, am I ready?

Aku POPULAR!

Assalamualaikum, ni hao! :D

Memandangkan saya baru sahaja berhenti kerja, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang bekerja. Saya bekerja di Popular Bookstore di Megamall Pinang sebagai 'Retail Assistant'. Kerjanya mudah tetapi kadang-kadang renyah, namun saya faham itu perkara biasa. Jika ini yang saya rasakan, bagaimana pula dengan pekerja yang sudah lebih sedekad bekerja di situ. Seperti biasa, apabila kita berada di tempat yang baru, maka suasananya juga baru seiring dengan masa yang pantas berlalu.

Saya mula untuk berkenalan  dengan kawan-kawan yang baru dan hampir kesemuanya lebih berusia daripada saya.Kami selalu saja keluar makan bersama-sama semasa waktu rehat dan berceritera sambil diselit gurauan senda yang membuatkan semua orang tidak kering gusi. Mengenali dan dikenali ialah perkara yang indah.

Saya juga turut mempunyai kawan berbangsa Cina. Saya turut menggunakan peluang bekerja di sini untuk mempelajari bahasa Cina. Walaupun demikian, saya juga pernah dipermainkan dengan satu frasa yang berbahaya. Jika anda berani, cubalah! Kisahnya begini, saya hanya ingin berkenalan dengan seorang budak perempuan Cina ni. Jadi, selepas saya mempelajari beberapa frasa hari itu, saya diajar frasa 'Wo xi huan ni' dan mereka menyuruh saya cuba untuk menggunakannya untuk berkenalan dengan perempuan tu. Kemudian, semasa kami sudah tamat waktu bekerja, saya pun dengan yakinnya memulakan bicara.

Saya : Ni hao, wo xi huan ni! (Hello, I like you!)
Dia   : (Diam semacam ja) Betul ke?
Saya : Ni depa ni ajar saya (saya menunjukkan kedua-dua kawan lelaki Cina tu. Yes, they're laughing at me)

 then, it was the time I realized that I was being fooled by them!

Dia : Hang telah ditipu!
Saya : Kenapa? Apa maksud dia?
Dia : Hang tak perlu tahu.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika berbahasa apa sekali pun. Yang penting tahu maknanya terlebih dahulu. Jangan terlebih yakin seperti saya. Kesannya, selepas daripada hari itu, saya berasa sedikit malu, dan sehingga saya berhenti kerja, saya tak berani langsung nak bercakap dengan perempuan itu. Malangnya dia kerana diganggu oleh saya pada hari pertama dia bekerja.

Di sini, saya sertakan lagi frasa-frasa menarik untuk digunakan tetapi ada sesetengah daripadanya perlukan satu nilai murni - keberanian.

Ni zai zuo shen me? (What are you doing?)
Hai mei you. (Belum)
Qu nar li? (Ke manakah?)
Zai nar li? (Di mana)
Wo chuqu yi xia. (Excuse me, I'll go out for a while)
Wo huilai le. (I am back)
Name wo xian zou le. (Well, I have to go now.)
Hao jiu mei jian mian le. (Long time no see)
Qing duo ba zhong. (take care)
Wo men shi lian ren hai shi peng you? (Are we lovers or friends?)
Jia gei wo ba! (Marry me!)

Itulah sedikit daripada apa yang saya tahu.

Popular ni memang tak sah kalau orang tak 'buat ramai' hujung minggu. Tiap-tiap hari saya ditanyakan benda itu dan ini di mana dan sampai ke hari ni saya masih belum memegang segulung PhD dalam bidang 'keberadaan alat-alat tulis, kualiti dan penggunaannya'. Tempat kelemahan saya ialah kaunter pen. Saya sering ditanyakan soalan-soalan 'killer' seperti kualiti, harga dan sebagainya. Bahkan saya ditanya tentang alat 'label' jenama Dymo pada hari akhir saya bekerja dan saya tidak pernah tahu-menahu langsung tentang penggunaannya. Jadi, saya terpaksa mengganggu penyelia saya yang berada di kaunter juruwang dan bertanya tentang alat itu. It ends up when the customer said "Never mind. I'll ask my lecturer later about this." Oh, what a relief!

Saya akui saya tidak suka ditegur namun saya belajar untuk menerima kerana memang silap saya sendiri. Saya ambil perkara ini sebagai positif. Pada mulanya dan sebelumnya lagi, saya sering segan untuk bertemu dengan orang saya kenali semasa saya bekerja. Begitu juga semasa saya berada di luar waktu persekolahan seperti waktu cuti umum dan sebagainya, saya berasa tersipu-sipu malu malah kadang-kadang mengambil keputusan memilih jalan lain daripada mengelakkan saya terserempak dengan mereka. Namun segalanya berubah apabila saya bekerja di sini kerana amatlah mustahil jika saya tidak ditemui 'customer' ditanyakan itu dan ini. Malah perasaan ini bertukar menjadi seronok jika saya bertemu dengan orang yang saya kenali. Saya mula menganggap kehadiran mereka sebagai satu suntikan semangat dan saya tidak segan silu untuk menegur mereka dan beramah mesra. Insya-Allah, menjadi harapan saya untuk mengeratkan silaturahim sesama insan. Janganlah sesekali sombong.

Cukuplah sampai di sini saja coretan saya. Pengalaman itu boleh dikutip di mana-mana - di Kokdiang, di Perai, di KL, di Singapura dan di mana-mana saja.Jumpa lagi!

Experience is the best teacher!


Monday, April 1, 2013

Ni Hao! Getting Started...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sudah lama saya ingin berkongsi cerita tentang rutin kehidupan saya. Hari ini, 1 April 2013, saya kembali menulis apa yang saya rasa, mungkin juga pengalaman, pendapat dan sebagainya. Jika diizinkan saya ingin berkongsi apa yang saya lalui sebelum ini dan secebis ilmu yang saya tahu.

Pertama-tamanya, perlulah anda ketahui saya cuba sedaya upaya menggunakan bahasa baku dalam penulisan saya. Jangan anggap saya 'nerd' atau apa-apa yang bersangkut paut dengan perkataan itu kerana inilah tujuan saya 'blogging' iaitu untuk mengasah kembali penulisan saya. Lagi pun, saya sudah banyak menggunakan bahasa singkatan di laman Facebook.

Seterusnya, saya akan membahasakan diri saya sebagai 'saya' atau 'aku' semasa dalam penulisan. Mungkin anda akan mengesan perbezaan penggunaannya nanti. Selain itu, saya juga berhasrat untuk menulis di dalam Bahasa Inggeris dan janganlah berasa sesekali jangkal jika saya menggunakan bahasa itu sama sekali. Saya juga mungkin akan menggunakan kedua-dua bahasa sekali atau lebih mudah difahami - bahasa rojak.

Sekali lagi, saya simpulkan blog ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman, ceritera kehidupan saya atau orang lain, ilmu (mungkin), pendapat dan sebagainya. Saya menulis, anda membaca. Semoga kita sama-sama peroleh manfaat untuk dimanfaatkan.

Allah merancang, manusia juga merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang!

Wassalam :D