Total Pageviews

Monday, April 1, 2013

Ni Hao! Getting Started...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sudah lama saya ingin berkongsi cerita tentang rutin kehidupan saya. Hari ini, 1 April 2013, saya kembali menulis apa yang saya rasa, mungkin juga pengalaman, pendapat dan sebagainya. Jika diizinkan saya ingin berkongsi apa yang saya lalui sebelum ini dan secebis ilmu yang saya tahu.

Pertama-tamanya, perlulah anda ketahui saya cuba sedaya upaya menggunakan bahasa baku dalam penulisan saya. Jangan anggap saya 'nerd' atau apa-apa yang bersangkut paut dengan perkataan itu kerana inilah tujuan saya 'blogging' iaitu untuk mengasah kembali penulisan saya. Lagi pun, saya sudah banyak menggunakan bahasa singkatan di laman Facebook.

Seterusnya, saya akan membahasakan diri saya sebagai 'saya' atau 'aku' semasa dalam penulisan. Mungkin anda akan mengesan perbezaan penggunaannya nanti. Selain itu, saya juga berhasrat untuk menulis di dalam Bahasa Inggeris dan janganlah berasa sesekali jangkal jika saya menggunakan bahasa itu sama sekali. Saya juga mungkin akan menggunakan kedua-dua bahasa sekali atau lebih mudah difahami - bahasa rojak.

Sekali lagi, saya simpulkan blog ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman, ceritera kehidupan saya atau orang lain, ilmu (mungkin), pendapat dan sebagainya. Saya menulis, anda membaca. Semoga kita sama-sama peroleh manfaat untuk dimanfaatkan.

Allah merancang, manusia juga merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang!

Wassalam :D

No comments:

Post a Comment